10 July 2009

Teman & CW part 3

Kiranya seiapa yang follow cara teman ni dah mendengar siri a - z selama 3 minggu. Try create mp3 huruf tu cuma kali ni buat terbalik, z - a pulak. tak pun boleh juga buat siri random seperti yang digunakan oleh koch method dan just learn morse code iaitu

K M R S U A P T L O W I N J E F Y V G Q Z H B C D X

maintain speed.
maintain tone.
maintain disiplin...

cubalah...

73 de 9W2AFR
read more “Teman & CW part 3”

01 July 2009

Fox



Setelah sekian lama mencuba maka dengan ini teman mengumumkan yang fox telah pun siap...


amacam bergaya tak fox teman ni.... hehehehehehehe

73 de 9W2AFR
read more “Fox”

24 June 2009

RAE 2009-1


Kepada yang bakal menduduki RAE 2009-1 ari ni teman ucapkan semoga berjaya. Berjaya memiliki AA. Berjaya memancar denga halal (lepas dapat AA) bukan sebagai stesen haram. Berjaya menambah bilangan ahli radio amatur. Berjaya menjadi ahli radio amatur yang berkualiti.

With enuff preparation or dadu; I wish all of you hǎoyùn

73 de 9W2AFR
read more “RAE 2009-1”

18 June 2009

Teman & CW part 2

Ok kita sambung lagi... setelah set mind bahawa cw ni senang kita download software ni

justlearnmorsecode

Sebenarnya banyak lagi software yang ada dalam internet tu seperti cwplayer, g4fon koch dan banyak lagi.

Dengan software tu buat siri a - z dengan setiap huruf diulang 10 kali tanpa gap. Pilih speed 13wpm dan tone sesedap telinga mendengar (selalunya 600-750 - teman amik 600*). Convert ke mp3/handphone/cd/kaset** untuk kita mendengar***. Dengan duration file 4 minit setengah kita ulang 2-4 kali untuk satu sessi. satu hari buat le 2-3 sessi.

MP3 a-z cw

Ini untuk membiasakan telinga dengan bunyi dit dan dah selain dari mengenali huruf secara bersiri.

Maintain untuk 2-4 minggu****.

* mengapa tema guna tone 600? Ini kerana kalo tone lain yang teman gunakan ada gangguan echo serta vibration pada meja. setting bilik yang kelam kabut kot sebabkan jadi macam ni...

**dengan sistem portable teman boleh dengo cw dimana sahaja

***untuk mendengar boleh la jika nak guna headphone tetapi di satu stage dimestikan mendengar menggunakan speaker kerana masa exam audio yang keluar adalah melalui speaker.

****bergantung kepada keupayaan dan disiplin. Tak semua orang perlukan 2-4 minggu mungkin lebih mungkin kurang

FAQ
kenapa tak guna software tu terus?
Jika tak pernah dengar bunyi morse code dan terus guna software pun boleh tapi bila masuk level 4 huruf keatas maka akan terasa susahnya dan ditakuti akan melemahkan semangat. Jadi hati kena keras beb...

p/s : Apa yang teman tulih hanyalah cara teman belajo CW dan penulisan serta penerangan teman ini bukan untuk menidakkan method pembelajaran yang lain. Tepuk dada tanya selera...

73 de 9W2AFR
read more “Teman & CW part 2”

16 June 2009

Teman & CW part 1

Kalo diikutkan teman tak suka sangat tulih apa yang teman buat dalam proses aku belajo cw tapi ada member tanye teman tentang hal ni. tak adil pulak kalo bagitahu dia seorang je better teman tulih cara teman dalam blog. jadi kira kongsi ramai ramai.

Sebelum teman mulakan, teman mintak ampun dulu; tujuan post cw ni untuk sharing bukan nak tunjuk terer mahu pun meriakkan diri. (teman pernah conduct kelas cw kat ipoh tapi ada yang jaki - konon kononnya 9w2 tak ayak mengajo cw)

Perkara pertama dalam teman belajo cw ni ialah adjust mind set yang mengatakan cw ni senang. ade le yang kata ni unsur riak. tak pun dok kutuk teman yang masih fail. Kata apa pun ni yang sifu teman kaabo kat teman "Kalo kome decide cw ni susah; sampai ke sudah le susah beb".

Cukup le itu dulu untuk part 1 ni. ADJUST mind set dulu. Next baru cerita langkah seterusnya.

73 de 9W2AFR
read more “Teman & CW part 1”

07 June 2009

siapakah dia

Tadi teman pi kenduri kahwin di Kampung Cempaka Sari. Lalu jugak la depan rumah 9W2PIZ. Lalu je la... nak panggil bukannya kereta ada setup radio kecuali radio stereo je. Itu pun off juga. Nak singgah lagi le jangan harap sebab teman konvoi 2 kereta dan teman lead car pulak tu.

Sapai rumah kenduri, turunkan passenger dan terus cari parking. Dalam dok pusing pusing cari ruang parking nampak kereta ni.


Mungkin rakan baru yang teman tak kenal... Mungkin juga rakan lama yang dah tak memancar...

73 de 9W2AFR
read more “siapakah dia”

31 May 2009

Coffee & Donut @ wakafPARTS

Coffee & Donut @ wakafPARTS merupakan aktiviti baru yang dicetuskan dan akan dikelolakan oleh 9W2SBD Sdr. Sallehan dan akan diadakan di wakafPARTS. Dalam aktiviti ini seorang elmer atau mentor yang mempunyai kepakaran atau kemahiran dalam bidang-bidang tertentu yang berkaitan dengan hobi radio amatur akan dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama semua rakan-rakan radio amatur yang berminat.

lawati laman web PARTS untuk maklumat lanjut
Ada yang email/sms/jumpa teman dan tanya kenapa teman tak join aktiviti ni? Jadi nak memudahkan cerita supaya tangan teman tak penat menaip email/sms (yang jumpa teman terus jawap je), teman jawap kat sini je la. hehehehe dasar pemalas...

Teman ada masalah dengan time lately ni. Jadi memang payah teman nak bangun awei kalo agendanya kurang penting. Apa pun teman tetap support event PARTS secara maya atau spiritual jika jasad tiada bersama... hehehehe fuh ayat power beb...

Insya Allah satu hari nanti teman akan join jika seru bangun awei di hari minggu sampai. Ye la nak jugak merasa White Coffee dan Donut dari Dunkin' Donut kat Wakaf PARTS...

p/s : to 9W2SBD; sorry lambat promote event mike ni... amfun...

73 de 9W2AFR
read more “Coffee & Donut @ wakafPARTS”

27 May 2009

evolusi

SEPATUTNYA

dari ini

teringin pulak yang ni

lepas berkenan yang ini

then mengidam yang ni


tapi aku masih yang ni...

ahhh yang penting happy...

73 de 9W2AFR
read more “evolusi”

26 May 2009

Pembetulan aka RALAT berkenaan Laman Forum

Bila teman check spam folder teman, melambak email dari takeforum.com dan lefora.com berkenaan forum lama vee99

Sebenarnya penutupan forum dibuat oleh server takeforum.com untuk deme upgrade dan combine dengan lefora.com. Bukan sebab teman delete.

so ni URL barunya http://9w2hmi.takeforum.com/forum/. Semua post masih ada.

FYI teman bukan lagi admin kepada forum ni.

73 de 9W2AFR
read more “Pembetulan aka RALAT berkenaan Laman Forum”

22 May 2009

Lembu punya susu, sapi dapat nama; aku pulak dapat sms

Dari hari Rabu teman ada kat KL menguruskan hal maid teman yang dah nak balik ke kampung halamannya.

Dalam dok santai melayan anak teman, sms masuk.

Apa dah jadi dengan VEE99? macam tu sms yang teman dapat. "Tak de apa apa kot. So far smooth je", teman balas sms tu. "Kalo tak de masalah mengapa ada 3 laman web/blog pasai vee99. Belum masuk laman forum lagi".

Bila dah tahap ni teman kene le menyiasat.

laman blog pertama : http://vee99.blogspot.com/
laman blog kedua : http://vee-sembilan-sembilan.blogspot.com/
laman blog ketiga : http://www.vee99.prk.my/cms/news.php
laman forum lama : RALAT - sila baca post ni - RALAT
laman forum baru : http://www.vee99.lefora.com/
Pendapat teman
Laman blog kedua timbul bila admin laman blog pertama tak mau lepaskan admin status ke admin baru. Kan ke teman dah kabo lepaskan je blog pertama tu ke admin baru. tak nak lepas kan sebab konon kononnya blog tu milik admin lama. What the heck bro? kata kelab untuk semua tapi lu mau konker seorang ka? be gentle... lepaskan tanggugjawab tu kepada yang baru.

laman blog ketiga tu teman panggil agenda buang duit. Takpa duit sendiri bukan duit kelab jadi pi mampus le.
Kenapa teman merepek meraban dalam blog ni dan bukan deal face to face? Sebab teman rasa tak de keperluan untuk teman deal face to face. eyeball? jauh panggang dari api. sembang dalam radio? dah 1-2 tahun teman tak memancar di freq vee99 dan dah 6 bulan teman tak on radio kat rumah.

kalo ada yang marah itu hak masing masing. Teman cuma berkata benar walau pun ianya pahit...

73 de 9W2AFR
read more “Lembu punya susu, sapi dapat nama; aku pulak dapat sms”